rap

Malam Fattah Amin

Oleh Norhadiani Baharom

Putrajaya: Pelakon Fattah Amin dipilih Bintang Paling Popular pada acara berprestij, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam ini.

Kejayaan berganda diciptanya apabila Fattah turut meraih menerima trofi Pelakon TV Lelaki Popular termasuk dua anugerah online Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama.

Kemenangan itu membolehkan Fattah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Peugeot 408 e-THP tajaan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd bernilai RM150,000 dan trofi

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, 51, bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni selama 30 tahun.

ABPBH 3.0 turut melakar sejarah indah buat pendatang baru Khai Bahar yang popular dengan lagu Bayang apabila merangkul dua trofi iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Bagi kategori wanita pula, Siti Nordiana mendominasi top 5 apabila memenangi trofi Penyanyi Wanita Popular, sementara Sweet Qistina pula di umum Artis Baru Wanita Popular.

Untuk kategori pelakon, bintang utama filem J Revolusi, Zul Ariffin, menepati ramalan apabila diumum Pelakon Filem Lelaki Popular. Sementara, aktres Fazura menguasai senarai Pelakon Filem Wanita Popular.

Janna Nick pula meraih trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Untuk kategori Artis Komedi Popular, Zizan Razak kembali merampas gelaran itu daripada Abam (Bocey) sebelum ini menguasai kategori berkenaan dua tahun berturut-turut.

Kategori Penyampai Radio Popular dimenangi oleh Radin Amir Affendy dari radio Era dan kategori Artis Versatil Popular masih diungguli penyanyi Ifa Raziah.

Bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan, Akim & The Majistret diumum sebagai pemenang.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Salma, Asmidar, Khai Baha, Noraniza Idris, Elly Mazlein, Ayda Jebat, Jaclyn Victor, Bob AF2, Khai Bahar dan ramai lagi.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM

ABPBH 3.0 anjuran BH adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat dan tahun ini juga julung kalinya memperkenalkan undian sepenuhnya secara dalam talian untuk mengiktiraf artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH 3.0

1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHER

3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & MAJISTRET

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISTINA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR:

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR:

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN AMIR AFFENDY

ANUGERAH KHAS

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

ANUGERAH ONLINE

GANDINGAN SERASI DRAMA : FATTAH AMIN & NEELOFA (Suri Hati Mr. Pilot)

GANDINGAN SERASI FILEM : SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK).

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL : NEELOFA

ARTIS SENSASI : FATTAH AMIN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL : MAKHLOKMACHO

Ends

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 12:41am
d