rap

Kasih terputus sudah

Oleh Nor Akmar Samudin

Proses perceraian selebriti popular Bollywood, Malaika Arora, 44 dan aktor, Arbazz Khan, 49, yang juga adik bongsu Salman Khan sudah pun selesai Khamis lalu.

Dengan itu secara rasminya Malaika menggugurkan nama keluarga bekas suaminya itu daripada namanya.

Pasangan itu berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arhaan, 14. Malaika mendapat hak penjagaan sepenuhnya anak mereka tetapi Arbaaz boleh berjumpa Arhaan bila-bila masa sahaja.

Menurut sumber rapat keluarga itu, Malaika tidak menuntut apa-apa daripada Arbaaz termasuk harta sepencarian mereka.

Sebelum itu sebagai abang sulung, puas Salman memujuk Malaika supaya menarik balik permohonan perceraian namun bekas adik iparnya tetap berkeras dengan keputusannya. Apabila pasangan itu mengumumkan keputusan untuk berpisah pada November tahun lalu, ia mengejutkan semua orang kerana selama ini mereka dilihat sebagai pasangan romantik.

Berikutan itu timbul khabar angin perpisahan itu angkara orang ketiga. Malaika dikatakan rapat dengan Arjun Kapoor dan seorang ahli perniagaan misteri.

Meskipun tidak lagi tinggal sebumbung, Malaika dan Arbaaz masih berkawan demi anak mereka. Malah, Malaika sering dilihat bercuti bersama keluarga Arbaaz.

Baru-baru ini, Malaika dan Arbaaz menemani Arhaan menonton konsert Justin Bieber di Mumbai.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 4:22am
d