rap

Inspirasi daripada kisah cinta

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON dan pengacara popular Neelofa mengakui video dan lagu tema #NHTRUELOVE berinspirasi daripada kisah cintanya sendiri.

Neelofa berkata, dia juga tidak kisah jika peminat turut mengaitkan video dan lagu itu dengan gelombang Lofattah sebelum ini.

Bagaimanapun, Neelofa enggan menceritakan mengenai kisah cintanya yang dimaksudkan itu.

"Saya tidak dapat beritahu lebih terperinci mengenai kisah cinta yang dimaksudkan dalam video ini.

"Saya juga serahkan kepada penonton untuk menilainya sendiri," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017 dan video eksklusif #NHTRUELOVE di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Ditanya mengenai kejayaan Fattah Amin mengungguli kategori Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH) kelmarin, Neelofa mengakui pelakon itu memang layak untuk menang pada malam itu.

"Selepas drama Suri Hati Mr Pilot, dia memang berusaha keras dan tahun ini memang tahun dia untuk menang. Hubungan kami juga masih baik dalam urusan kerja," katanya.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 6:38pm
d