rap

Mohd Rafzan pilihan Anis

PELAKON dan pengacara, Anis Al-Idrus, 29, bakal menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, Julai ini.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal berkata, dia dan Mohd Rafzan sudah mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu.

"Majlis pertunangan kami dibuat secara sederhana dan dihadiri kaum keluarga.

"Apapun, saya bersyukur akhirnya ditemukan jodoh dengan lelaki pilihan yang menerima saya seadanya.

"Saya berharap apa yang kami rancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan ini berjalan lancar," katanya ketika ditemui di Istana Budaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perancangan majlis perkahwinannya, Anis berkata, majlis sidang media pengumuman itu akan dibuat pada 23 Mei ini di Bukit Julutong, Shah Alam.

Katanya, dia sedia berkongsi semua maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan nanti.

Apapun, Anis berkata, dia mula berkenalan dengan Mohd Rafzan, yang bekerja sendiri dan berasal dari Perlis pada Januari tahun ini.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 5:23pm
d