rap

Awal tak kisah

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON dan pengacara popular Awal Ashaari tidak kisah dengan dakwaan dia memakai kemeja-T jenama tiruan dalam program Melodi, Ahad lalu yang menerima kritikan hebat netizen.

Awal berkata, kemeja-T jenama Supreme itu adalah pemberian peminat yang membelinya secara ‘online’.

"Saya menerima pelbagai komen membabitkan kemeja-T yang digayakan dalam program Melodi itu.

"Saya juga dikritik hebat kerana memakai baju jenama tiruan di kaca TV. Di sini, saya juga sertakan bukti pembelian yang diberikan pada saya dan meminta pengeluarnya Reebonzmy mengesahkan sama ada ia tiruan atau asli ," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Awal, apa yang berlaku itu turut menjadi pengajaran buatnya dan pembeli baju itu supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Jangan gaduh-gaduh, secara jujurnya saya tidak kisah jika baju itu tiruan atau tidak. Ia hanya disebabkan seseorang sudah membelinya dengan harga yang mahal dan berikan kepada saya. Saya juga kasihan dengannya jika baju itu tiruan.

"Saya faham isu ini agak sensitif buat pengikut 'streetwear'. Supaya lebih ramai lagi tidak tertipu, pihak Reebonzmy perlu memberi penjelasan mengenai isu ini," katanya.

Sementara itu, isu itu turut mendapat perhatian pihak Reebonzmy yang turut memberi maklum balas di laman Instagram Awal.

"Kami melihat isu ini sebagai sesuatu yang serius kerana kami juga hanya menjual produk yang asli. Kami juga akan menyiasat dengan segera perkara ini," katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 7:33pm
d