rap

Cef Ismail ramah layan tetamu

Oleh Paparazi

Dalam bulan puasa ramai juga suka makan di kafe dan restoran. Kalau di Kuala Lumpur ramai suka berkunjung ke Restoran Rebung milik pakar masak selebriti Datuk Cef Ismail Ahmad.

Sebelum ini lebih 10 tahun Restoran Rebung meriah beroperasi di Lorong Maarof, namun sejak setahun lalu ia berpindah ke premis baru di Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana berhampiran Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Minggu ini Papa hendak berkongsi dengan pembaca, foto yang diambil oleh kawan Papa ketika dia ke berkunjung ke Rebung beberapa hari lalu untuk berbuka puasa. Katanya, juadahnya memang enak dan harganya pula sangat berpatutan.

Apa yang menarik Cef Ismail sendiri ada di restoran itu dan begitu ramah melayan tetamu dan pelanggannya. Keadaan ini berbeza dengan restoran lain yang dimiliki oleh artis kerana mereka seolah-olah lebih menjual nama sahaja dan jarang berada di restoran sendiri.

Papa tahu Chef Ismail memang selalu sibuk di sana sini malah minggu lalu juga dia terbang ke Korea Selatan untuk menjayakan satu program masakan. Namun dia sentiasa cuba mencari masa untuk berada di Rebung.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 3:54am
d