rap

Bazli UNIC reda pemergian anaknya إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Oleh Nor Akmar Samudin

"Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan," ujar Bazli ketika di temui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Muhammad Syahid, 3 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi, hari ini kerana menghidap barah lymphoma.

Menurut Bazli atau nama sebenanrnya Bazli Hazwan yang juga anggota nasyid UNIC, dua tiga hari lepas keadaan kesihatan Syahid terus merosot dan dia sering merintih kerana kesakitan.

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti," katanya

Syahid adalah anak sulung daripada dua beradik

Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor

Disiarkan pada: June 7, 2017 @ 12:12pm
d