rap

Hafiz teruja isteri berbadan dua

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah hamil selepas kira-kira setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut juara program realiti popular Akademi Fantasia musim ke-7 ini, kandungan isterinya baru berusia 11 minggu.

€œAlhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini. Pun begitu, tidak banyak yang boleh saya kongsi memandangkan kehamilan ini masih di peringkat awal, katanya kepada Harian Metro.

Hafiz mengakui sangat teruja dan berkongsi berita gembira itu dengan peminat di laman sosial Instagramnya.

Dalam video yang dimuatnaik itu, Nureffy sedang menjalani proses imbasan ultra bunyi dengan ditemani Hafiz. Penyanyi itu teruja apabila dapat mendengar denyutan jantung kandungan.

€œInsya-Allah saya akan kongsi perkembangan kandungan dengan peminat dan rakan media dari semasa ke semasa, katanya.

Hafiz sah bergelar suami kepada Nureffy pada 14 Mei 2016.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 5:40pm
d