rap

Salman Khan bantu bayi

Pelakon ini bukan saja mencurahkan kemewahan kepada seluruh ahli keluarganya, malah juga suka membantu masyarakat.

Dia sedar kejayaan filem lakonannya adalah kerana sokongan peminat, jadi dia mesti ‘beri’ semula kepada mereka.

Jadi, baru-baru ini apabila mendapat tahu seorang bayi berusia dua tahun menghidap penyakit hati dan memerlukan hati baru, Salman tanpa berlengah menyampaikan sumbangannya kepada bapa kanak-kanak itu, Rakesh Awar.

“Selepas mendapat hati baru, anak saya perlu dibedah dan kos pembedahan sangat tinggi. Saya bukan orang kaya. Sebelum ini kami berjaya mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Ketua Menteri tetapi belum cukup.

“Salman berjumpa saya dan dia mencukupkan jumlah yang diperlukan. Anak saya masih meneruskan rawatan di Hospital Apollo, New Mumbai. Dia akan menjalani pembedahan pada 17 Julai ini.

“Terima kasih kepada Salman kerana tidak melupakan orang susah seperti kami,” kata Rakesh.

Disiarkan pada: June 20, 2017 @ 3:44am
d