rap

Artis Thai berbaju raya

Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan akhir bagi menyambut 1 Syawal yang dijangka esok.

Ada yang sudah balik kampung dan ada yang baru hendak bergerak di lebuh raya.

Seperkara yang nyata, tidak akan meriah sambutan Aidilfitri tanpa lagu raya dan di sana-sini lagu raya sudah berkumandang. Saban tahun akan muncul lagu raya baru serta yang dinyanyikan semula (cover version).

Salah satunya adalah lagu raya versi Thailand yang dinyanyikan tiga beradik dari Narathiwat, Thailand iaitu Khamas Khan, 15, Khalis Khan, 23, dan Khalin Khan, 18.

Menariknya, mereka merakamkan semula lagu Datuk Sharifah Aini, Suasana Hari Raya dalam bahasa Thai yang diberi judul Salam Syawal. Ia kini boleh ditonton di YouTube.

Rakan Papa sempat mengambil foto aksi mereka bertiga sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur, baru-baru ini atas jemputan butik fesyen Adre. Mereka bukan saja seronok berbaju raya tapi bangga dapat mempopularkan lagu raya Malaysia di Selatan Thailand.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 3:23am
d