rap

Saif 'lindung' anak untuk paparazi

Oleh Nor Akmar Samudin

Semakin disorok, semakin teruja orang mencari dan mungkin mendatangkan bahaya. Justeru itu, Saif Ali Khan ‘melindungi’ anaknya, Taimur Ali Khan, 5 bulan dengan membenarkan paparazi merakamkan gambar si kecil itu sebanyak mana yang mereka mahu.

Saif menggalakkan isterinya yang juga aktres Kareena Kapoor membawa Taimur keluar berjalan-jalan dan melambaikan tangan kepada paparazi.

“Itulah cara saya menjaga keselamatan Taimur. Jika saya bersikap terlalu tegas bimbang nanti apabila Taimur muncul depan khalayak ramai paparazi akan berebut-rebut merakamkan wajahnya.

“Saya tak mahu berlaku sebarang kemalangan. Kalau boleh saya mahu Taimur dilayan seperti kanak-kanak biasa,” katanya.

Dalam masa terdekat, Kareena akan terbang ke London bagi menjayakan penggambaran iklan komersial. Dia tidak sampai hati meninggalkan Taimur yang masih kecil, lalu membawanya bersama.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 2:09pm
d