rap

Man harap Mus kembali sembuh

Oleh Yusmizal Dolah Aling

"SELAMA berpuluh tahun bersama, tidak pernah dia sakit kuat begini, kalau ada pun demam biasa, sehari dua sembuhlah.

"Jadi saya minta peminat MAY mendoakan kesihatan Mus supaya segera sembuh dan dapat terus menghiburkan semua," kata pemain dram MAY, Man.

Katanya, sebagai rakan sekampung dan bersama di dalam MAY, dia sedih dengan nasib menimpa vokalis itu dan mengharapkan Mus sembuh seperti biasa.

Man atau nama sebenarnya Mohamad Sharip Yaacob,51, berkata, dia bertemu Mus ketika menjayakan sebuah rancangan di Angkasapuri sebelum puasa lalu dan rakannya itu tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

"Sebaik dimaklumkan isterinya (Suraya Bahari), saya menghubungi Abu dan Yus kerana kami masing-masing berada di Ipoh.

"Insya-Allah, mereka akan datang melawat Mus nanti, sama-sama kita doakan kesihatannya," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 3:20pm
d