rap

Izara menanti detik bahagia

Oleh Najiy Jefri

PENERBIT terkenal, Datin Zaiton Mohd Jiwa mengesahkan majlis merisik dan bertunang anak saudaranya yang juga anak tiri penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan pelakon Izara Aishah berlangsung dengan selamat.

Rombongan pihak lelaki ke kediaman keluarga Izara di Shah Alam, Selangor petang tadi dihadiri kira-kira 60 ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat.

Menurut Zaiton, majlis merisik dan pertunangan itu diadakan bagi membincangkan tarikh pernikahan pasangan kekasih ini dan memilih 17 November untuk disatukan.

"Alhamdulillah majlis tadi berjalan lancar. Kami tiba di rumah Izara kira-kira jam 4 petang bagi tujuan merisik, bertunang serta membincangkan tarikh pernikahan.

"Jika tiada aral melintang, Adib dan Izara bakal disatukan pada 17 November depan,"katanya kepada Harian Metro.

Zaiton berkata, majlis pertunangan itu disempurnakan dengan memberikan cincin kepada Izara yang disampaikan oleh ibu kandung Adib , Tengku Zawyah.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 8:32pm
d