rap

Shukri lapor polis hidup tertekan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON Shukri Yahaya, 29, memaklumkan sudah membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan berkaitan kes penyebaran mesej perbualannya dengan wanita dikenali sebagai Sarah Danielle baru-baru ini.

"Saya buat laporan polis dua hari selepas perkara itu disebarkan. Saya tak mahu panjangkan isu ini dan laporan polis dibuat pun atas faktor keselamatan.

"Sekiranya wanita itu terus menyebarkan benda yang tidak sepatutnya, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Shukri yang ditemui di set penggambaran drama bersiri Villa Ghazara berkata, dia trauma dan tertekan apabila fitnah itu tersebar sejak awal Jun lalu.

"Saya trauma sehingga takut untuk menyentuh pelakon wanita yang bergandingan dengan saya walaupun wataknya adalah sebagai ibu.

"Sedikit sebanyak, isu ini memberi tekanan kepada diri saya dan menjejaskan kerja saya sebagai pelakon," katanya lagi.

Sarah Danielle sebelum itu menyebarkan salinan mesej menerusi aplikasi WeChat yang dikatakan dihantar pelakon Andainya Takdir itu meminta gambar bahagian sulitnya.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 11:43pm
d