rap

Tiada lagi Yunus dalam lakonan إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON veteran yang juga Biro Agama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Yunus Mansur, 65, meninggal dunia jam 8.42 malam tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, di sini, di sisi isteri dan dua anaknya.

Anak sulungnya, Mohd Thariq, 38, berkata, bapanya mengalami demam panas sejak hari raya ketiga lalu.

€œArwah kemudian mula hilang selera makan dan tubuhnya juga semakin susut.

€œKami sekeluarga memujuk arwah untuk dibawa ke hospital dan sejak Isnin lalu dia ditahan di wad. Keadaannya pada waktu itu memang sangat lemah,€ katanya.

Mohd Thariq berkata, bapanya sebelum ini tidak pernah menerima sebarang rawatan berkaitan jantung.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama jam 11 pagi hari ini.

Allahyarham masih aktif sebagai pelakon teater dan sepatutnya tersenarai sebagai salah seorang pelakon dalam pementasan teater La Galigo yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Disiarkan pada: July 13, 2017 @ 8:08pm
d