rap

Fizi kini tunang Syakilla

Oleh Najiy Jefri

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pelakon Syakilla Khoriri di sebuah dewan di Sungai Buloh, Selangor semalam.

Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri kira-kira 300 tetamu itu, Fizi menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin tanda dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Menurut Fizi, tarikh perkahwinan belum ditetapkan namun pihaknya berharap ia dapat disempurnakan dalam tempoh enam bulan atau setahun.

"Walaupun persiapan dibuat pada saat akhir, saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar.

"Sehingga kini kami masih belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang tak menjadi. Saya serahkan semuanya pada Ilahi dan berharap sah bergelar suami kepada Syakilla dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” katanya.

Pada majlis terbabit, Ibu Fizi , Sapiah Kasbolah, 50, menyarungkan cincin ke jari Syakilla.

Ditanya apa pendekatan yang diambil pasangan ini sepanjang tempoh bertunang, Fizi berkata mereka meletakkan kepercayan di antara satu sama lain sebagai kunci segala-galanya.

“Kami selalu saling mengingatkan seandainya ada timbul masalah, kami kena berjumpa dan berbincang,” katanya yang sudah empat tahun bercinta dengan Syakilla.

Disiarkan pada: July 17, 2017 @ 6:48pm
d