rap

Mangsa buli Som Hein bersuara

Oleh Georgie Joseph

Annyeonghaseyo! Berpeluang dan berjaya mencipta laluan dalam industri hiburan pastinya perkara terindah buat artis di Korea Selatan.

Bagaimanapun, tidak semua yang bertuah kerana ada juga berhadapan dugaan besar.

Terbaru, bekas peserta pencarian bakat Idol School iaitu Som Hein didakwa pernah menjadi kaki buli ketika di sekolah menengah.

Gadis berusia 21 tahun itu juga digambarkan sebagai penjahat oleh mangsa bulinya.

Baru-baru ini, seorang remaja bernama Choi Min Kyung tampil mendedahkan perkara itu dengan rangkaian cerita pembulian Som Hein terhadapnya.

Menurutnya, Som Hein adalah mimpi ngeri buatnya.

“Apabila melihatnya di TV, serta-merta teringat dengan apa yang dilakukannya terhadap saya di sekolah dulu. Apa yang perlu saya lakukan supaya dapat memaafkannya?

“Tolong berhenti muncul di mana-mana kerana saya rasa jijik apabila terbaca komen anda memiliki hati yang baik padahal anda sebenarnya kejam. Tak payah bermuka-muka dengan imej baik dan berhentilah cari perhatian,” demikian luahan mangsa itu.

Som Hein bagaimanapun tidak mahu orang ramai percayakan kenyataan gadis berkenaan dan serta-merta memberi kenyataan daripada pihaknya pula.

Menurutnya, dia sendiri menjadi mangsa buli ketika itu dan tidak tahu hendak buat apa.

“Saya menulis ini berikutan ada dakwaan saya kaki buli di sekolah. Pertama, saya minta maaf sangat disebabkan menulis mengenai hal yang kurang menyenangkan.

“Ketika kejadian, saya berada di gred 9 dan ketika gadis itu dibuli, bukannya saya buli dia secara langsung, sebaliknya saya cuma memerhatikannya saja.

“Saya pun turut menjadi mangsa buli pelajar yang membulinya itu. Jadi apabila dia dibuli pelajar itu, saya sendiri begitu takut. Jadi saya cuma diamkan diri saja bimbang nanti saya pula dibuli,” katanya.

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 4:56am
d