rap

Jay Park juri baru Asia's Got Talent

Oleh Georgie Joseph

Bahang program pencarian bakat nombor satu Asia, Asia’s Got Talent musim kedua semakin terasa apabila barisan juri serta hos barunya diumumkan di sini, semalam.

Musim ini menyaksikan hanya tiga juri akan mengadili peserta iaitu penerbit muzik terkenal David Foster, penyanyi Indonesia, Anggun serta bintang sensasi Korea Selatan, Jay Park.

Dua hos barunya pula ialah Alan Wong dan Justin Bratton menggantikan pengacara musim lalu iaitu Marc Nelson dan Rovilson Fernandez.

Jay Park yang menggantikan juri terdahulu iaitu anggota Spice Girls, Melanie C dan Vanness Wu mengakui teruja apabila terpilih sebagai juri baru program berprestij itu.

“Ia program yang sangat gah. Saya tidak sabar mahu lihat bakat luar biasa yang ada di seluruh Asia,” katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 8:27am
d