rap

Pengiktirafan buat tenaga belakang tabir

Oleh Nor Akmar Samudin

PERSATUAN Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) akan menganjurkan Profima International Film Festival & Awards 2017 (PIFFA 2017) untuk mengiktiraf pekerja belakang tabir dan produksi Malaysia.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November depan.

Presiden Profima merangkap Pengerusi PIFFA 2017, Kapten Khir Mohd Noor berkata acara berprestij itu khusus buat pekerja profesional belakang tabir pembikinan filem, drama & iklan.

€œFilem, drama mahu pun iklan di televisyen dan layar perak tidak dapat diterbitkan tanpa komitmen mereka,€ katanya, hari ini.

Khir berkata malam anugerah Malam Anugerah Profima 2017 (MAP2017) diadakan pada 4 November yang menjadi acara tahunan ke-11 diadakan.

€œMalam kemuncak PIFFA 2017 adal ‘Asia Pasific Supreme Awrds’ pada 5 November di Matrade Kuala Lumpur membabitkan penyertaan dalam dan luar negara.

“€œPIFFA 2017 berbeza dengan festival filem lain kerana PIFFA 2017 khusus buat pekerja belakang tabir.

Malah kerjaya itu turut dminati dan diceburi generasi Y yang cenderung menggunakan peralatan, sistem digital dan pengolahan daya kreatif/bakat”,€ katanya.

Acara terbabit mendapat sokongan agensi, jabatan kerajaan dan kementerian termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Melalui MAP2017, sebanyak 72 anugerah disediakan termasuk Produser Terbaik, Pengarah Terbaik, Solekan Terbaik, Aksi Lagak Ngeri Terbaik, Pengarah Seni Terbaik dan Jurukamera Terbaik.

Sebanyak 66 kategori dipertandingkan dengan enam kategori tidak dipertandingkan iaitu tiga Anugerah Khas Juri dan tiga Anugerah Tokoh PROFIMA.

Tarikh penghantaran pencalonan bermula dari April 2017 sehingga September 2017.

Pencalonan mesti produk diterbit dan ditayang bermula 2014 hingga 2016.

Selain MAP2017, PIFFA2017 turut menganjurkan bengkel/seminar, pameran peralatan penggambaran/servis, tayangan filem dalam serta luar negara dan pertunjukan aksi lagak ngeri.

Disiarkan pada: August 3, 2017 @ 8:55pm
d