rap

Bade tetap terbaik kata Erma

Oleh Nor Akmar Samudin

“WALAUPUN sudah berpisah, Bade tetap lelaki, suami dan bapa yang terbaik,” kata pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima, 49.

Erma kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan pengarah popular, Bade atau Badaruddin Azmi, 53 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada 17 Ogos lalu.

Erma berkata, anak-anak mereka memahami apa yang berlaku antara ibu bapa mereka.

“Dalam kehidupan keluarga saya tiada apa yang berubah. Saya masih baik dengan bekas suami dan tiada halangan untuknya melawat anak-anak.

“Mereka semua sudah besar dan biasa berdikari. Apa saja yang saya beritahu dan saya putuskan anak-anak kenalah ikut.

“Tumpuan saya kini adalah anak-anak, kerja dan pelbagai produk keluaran Mak Cun,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Malaysian Fashion & Business Mission to New York oleh Peniagawati di pusat beli belah, di sini, hari ini.

Pada 2015, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Bade namun menarik balik permohonan itu.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1991.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra, dan Nurain.

Bagaimanapun Bade berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang pada awal 2014 dan dikurniakan dua anak.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 8:35pm
d