rap

Hetfield terjatuh dalam 'lubang pentas' [VIDEO]

Oleh Blabbermouth

VOKALIS/gitaris Metallica James Hetfield hampir mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ke dalam ‘lubang pentas’ ketika kumpulan itu mengadakan konsert di Belanda, semalam.

Insiden berlaku ketika Metallica sedang menyampaikan lagu bertajuk Now That We're Dead di Ziggo Dome Amsterdam.

Hetfield tersilap langkah sewaktu bergerak ke belakang dan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tiba tiba terbuka di atas pentas.

Lubang itu adalah salah satu daripada lubang empat segi sepatutnya naik ke atas.

Beberapa krew kumpulan bergegas memberi bantuan kepada James untuk bangun semula sambil diperhatikan pemain gitar bass Robert Trujillo dan Kirk Hammett (gitar utama) yang berada dalam keadaan bimbang.

Hetfield kembali ke atas pentas meneruskan persembahan sambil wajah menahan kesakitan.

Insiden terbabit bukan kali pertama dialami kumpulan itu ketika beraksi di atas pentas.

Sewaktu konsert jelajah 1992 bersama Guns N Roses, James melecur pada bahagian muka serta lengan akibat letupan pentas berlaku ketika sedang menyampaikan lagu Fade To Black.

Jelajah Eropah Metallica bertajuk WorldWired membuka tirai persembahan di Copenhagen, Denmark pada 2 September sehingga November.

Selepas berhenti rehat, konsert bersambung pada 1 Februari 2018 di Lisbon, Portugal sehingga Mei dan berakhir di Helsinki, Finland.

Disiarkan pada: September 5, 2017 @ 2:53pm
d