rap

Reen tak nak komen

Oleh Syanty Octavia Amry

SERING berdolak-dalih mengenai soal teman lelaki, pelakon Reen Rahim akhirnya memuat naik gambar bersama seorang lelaki di laman Facebook miliknya pagi tadi.

Reen turut meletakkan keterangan gambar 'good morning' beserta ikon cinta. Gambar itu memperlihatkan kemesraan Reen bersama lelaki yang difahamkan kekasihnya.

Reen ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai gambar itu kerana saya seorang wanita, takut timbul masalah," katanya ringkas.

Selain memuat naik di Facebook miliknya pelakon Ika Nabila turut memuat naik gambar mereka beramai-ramai yang memperlihatkan Reen bersama lelaki yang sama dalam keadaan mesra.

Menerusi gambar itu juga kelihatan penyanyi yang juga pengacara Mimi Haris bersama kekasih.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Menantu Sepuluh Ribu itu pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 11:14pm
d