rap

Aksi gengster, mafia

Oleh Syanty Octavia Amry

Super Spontan Superstar 2017 kembali menceriakan hujung minggu penonton bermula Jumaat ini, jam 10 malam.

Mengetengahkan 16 pelawak, ‘gengster dan mafia’ ini akan berentap dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Tenggiling Taiko dan King Musang.

Mereka ialah Achey, Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Tidak ketinggalan Shuib, Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin Aziz.

Masih mengekalkan konsep sama, juara kali ini akan membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Malah juara mingguan akan mendermakan RM5,000 kepada badan kebajikan terpilih.

Ditayangkan secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD, program itu dikendalikan Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak.

Afdlin Shauki pula selaku pencetus program masih kekal sebagai komentator untuk memberi ulasan ringkas mengenai persembahan setiap peserta dan ditemani selebriti jemputan mingguan.

“Konsep kali ini masih sama seperti musim terdahulu. Kami juga menerima idea penonton di rumah.

“Ini secara tidak langsung akan mendekatkan lagi hubungan peserta dengan penonton,” katanya.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 4:00am
d