rap

Henti sebar Mahadzir meninggal

Oleh Ramlah Zainal

KELUARGA Datuk Mahadzir Lokman, 60, merayu kepada orang ramai supaya menghentikan khabar angin mengatakan pengacara popular itu sudah meninggal dunia.

Adik bongsunya, Ida Neliaty Lokman, 56, berkata abangnya itu kini stabil namun masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

"Kami berharap pihak yang menyebarkan cerita tidak betul kononnya abang sudah meninggal dunia sehingga tular di media sosial berhenti bertindak sedemikian.

€œMohon orang ramai mendoakan abang kembali sihat seperti dulu,€ katanya.

Ida berkata, doktor memaklumkan Mahadzir bertindak balas kepada rawatan perubatan yang diberikan secara perlahan-lahan.

"Selain doktor, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan berada di wad untuk memantau keadaan abang ketika ini," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mahadzir dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di ICU, PPUM.

Menurut seorang lagi adik Mahadzir, Danial, abangnya itu berada dalam keadaan tidak stabil selepas pulang dari Jakarta, Indonesia tiga hari lalu.

Mahadzir juga dilaporkan menghidap darah tinggi dan diabetis sebelum mengadu sakit kepala serta tidak sedarkan diri.

Mengimbas pencapaiannya, Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris.

Antara kebolehan Mahadzir adalah menguasai pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis.

Selain itu, beliau juga sering menjadi pengacara dalam acara bertaraf dunia dan pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usahanya mempromosikan bahasa dan budaya negara itu.

Berita berkaitan:

Mahadzir Lokman kritikal

Disiarkan pada: September 25, 2017 @ 5:12pm
d