rap

Mahadzir mula beri reaksi

Oleh Nor Akmar Samudin

"KEADAAN abang stabil dan semalam air matanya mengalir. Saya lihat dia cuba untuk membuka matanya'" kata Danial Lokman mengenai situasi abangnya, Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Danial berkata, keadaan Mahadzir yang juga pengacara dan personaliti televisyen popular itu semakin semakin stabil dan dia seolah-olah boleh mendengar bunyi di sekelilingnya apabila mula memberi reaksi.

"Setakat ini doktor mengesahkan abang menghidap paru-paru berair dan mereka akan melakukan lagi ujian terhadapnya.

"Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan abang dan mendoakannya supaya segera sembuh," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahadzir dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut.

Beliau dibawa ke PPUM awal pagi Ahad selepas anggota keluarganya menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Berita berkaitan:

Henti sebar Mahadzir meninggal

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 9:34pm
d