rap

Teruja sambut kelahiran Inaaya

Oleh HM Digital

Aktres Soha Ali Khan baru sahaja melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktor Kunal Kemmu.

Bayi perempuan yang diberi nama Inaaya Naumi Kemmu itu dilahirkan Jumaat lalu.

Kunal yang teruja mengumumkan berita gembira itu di Twitternya.

“Kami menamakan dia Inaaya Naumi Kemmu. Inaaya dalam keadaan sihat dan gembira, malah dia berterima kasih di atas segala doa dan kasih sayang yang diberikan kepadanya,” kata Kunal.

Soha dan Kunal yang berkahwin pada 2015 berhasrat menangguhkan perancangan menimang cahaya mata sehingga kakak ipar mereka, aktres Kareena Kapoor melahirkan Taimur Ali Khan Pataudi.

Melihatkan kecomelan Taimur yang bermata biru membuatkan Soha dan Kunal tidak sabar memiliki anak sendiri.

Abang Soha, Saif Ali Khan juga gembira menyambut kehadiran Inaaya dalam keluarga mereka kerana ini kali pertama dia mempunyai anak saudara.

Disiarkan pada: October 3, 2017 @ 5:11am
d