rap

Impian suami jadi kenyataan

Oleh Najiy Jefri

Penyanyi Lufya mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan pertengahan November depan.

Lufya berkata, dia yang kini sarat hamil lapan bulan tidak mengalami alahan teruk malah kandungannya juga sihat.

"Alhamdulillah, saya dan bayi dalam kandungan sihat. Bayi semakin aktif bergerak dan menendang dalam perut.

"Insya-Allah bayi perempuan ini dijangka lahir pada pertengahan November depan,” katanya.

Menurut Lufya, suaminya Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, antara insan paling teruja dan tidak sabar mahu menatap wajah anak mereka yang bakal dilahirkan.

“Suami memang mahukan anak perempuan. Syukur, impiannya dimakbulkan Allah SWT,” katanya.

Lufya berkata, dia dan Hafiz sudah memilih nama untuk zuriat sulung mereka itu.

"Kami akan umumkan nama selepas bayi ini dilahirkan.

"Saya risau dan berdebar menanti hari paling dinanti ini. Disebabkan itu saya buat majlis ‘Baby Shower’ semalam sebagai persediaan supaya lebih positif. Setidak-tidaknya kata-kata semangat daripada rakan-rakan yang hadir buat saya tenang.

"Segala persiapan juga sudah dilakukan. Doakan semoga proses bersalin berjalan lancar,” katanya.

Lufya dan Hafiz selamat bergelar suami isteri pada 26 November 2016.

Disiarkan pada: October 8, 2017 @ 6:06pm
d