rap

SRK enggan gambar anak diambil

Oleh HM Digital

Anak bongsu Shah Rukh Khan (SRK) iaitu AbRam Khan yang kini berusia empat tahun mula bersekolah di Dhirubhai Ambani International School dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai dan pengurusan sekolah sudah sedia maklum mengenai keselamatan murid yang belajar di situ.

Walaupun selama ini SRK tidak pernah menghalang media dan paparazi merakamkan gambar AbRam tetapi apabila si kecil itu mula bersekolah, dia mahu pastikan AbRam dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain tanpa gangguan lensa kamera.

Dia tak mahu AbRam rasa tertekan.

Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah.

“Dulu ketika Aryan kecil sama juga. SRK tak suka Aryan diganggu dan selepas tamat sekolah di Mumbai, Aryan terus dihantar menyambung pengajian di London.

“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka. Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.

“SRK sangat mementingkan pendidikan anaknya,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, ada saja paparazi yang ‘berkampung’ di tepi sekolah untuk mengambil gambar AbRam.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 3:02am
d