rap

Piano Man timang anak lagi

Oleh Daily Mail

PENYANYI Billy Joel menimang cahaya mata ketiganya pada usia 68.

Joel yang juga pemuzik/pemain piano New York bersama isterinya Alexis, 35, menyambut kelahiran bayi perempuan itu di New York University Hospital, kelmarin.

“Billy dan Alexis Joel menyambut kelahiran bayi diberi nama Remy Anne yang menjadi ahli keluarga terbaru mereka.

“Alexis serta Remy berada dalam keadaan sihat. Semua mendapat khabar berita kelahiran itu sangat teruja,” menurut wakil Joel.

Kelahiran Remy Anne disambut oleh Dr Ashley Roman pada jam 7:50 malam (7.50 pagi waktu Malaysia) dengan berat tujuh pound dan tiga auns.

Joel sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan Alexa Ray Joel, 31 hasil perkahwinan dengan bekas isteri keduanya, Christie Brinkley, 63.

Alexa menemani bapanya berada dalam bilik bersalin untuk memberi sokongan moral terhadap Alexis.

Anak perempuan kedua Joel, Della Rose kini berusia dua tahun.

Joel dikenali menerusi lagu popularnya seperti Uptown Girl, Honesty dan Just the Way You Are.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 5:27pm
d