rap

'Edry yang cipta'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

LAGU Aku Sanggup yang dikatakan dicipta penyanyi Singapura, Sufi Rashid menimbulkan tanda tanya apabila turut layak ke separuh akhir program Muzik Muzik 32 (MM32) memandangkan syarat pertandingan hanya komposer tempatan yang layak bertanding.

Sufi ketika ditemui berkata, lagu itu memang ada mendapat sentuhan ideanya, tetapi diolah dan dihasilkan semula oleh komposer Edry Abdul Halim.

"Memang Edry yang menghasilkan lagi Aku Sanggup. Saya cuma memberikan idea, tetapi secara keseluruhan dia yang hasilkan. Jadi, tiada isu mengenai komposer dan kerakyatannya," katanya yang menghargai hasil karya Edry untuk lagu itu.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif MM32, Nurhul Huda Khalid berkata, sejak di peringkat awal penyertaan, lagu itu adalah karya Edry.

"Memang ketika penyertaan dihantar, pihak kami dimaklumkan Aku Sanggup adalah hasil karya Edry dan tidak timbul sebarang masalah mengenainya," katanya.

Sufi akan bertanding pada minggu kedua separuh akhir MM32 yang akan bermula Ahad ini hingga 12 November depan.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 7:04pm
d