rap

Karan, Kajol berbaik semula

Oleh HM Digital

Barangkali ramai kecewa apabila hubungan Karan Johar dan Kajol retak gara-gara filem terbitan Ajay Devgan, Shivaay bersaing di pawagam dengan filem Ae Dil Hai Mushkil pada Deepavali tahun lalu.

Bagaimanapun, khabarnya, hubungan dua sahabat itu kembali bertaut apabila Karan dan Kajol saling menyukai gambar dalam Instagram masing-masing.

Kajol juga menjemput Karan ke majlis hari jadinya dan pertemuan semula itu berjaya mengembalikan kemesraan mereka.

Menurut sumber, apabila sudah berbaik, Kajol dikatakan akan beraksi dalam filem terbaru Karan.

“Ini adalah berita baik buat peminat Kajol dan kita berharap Shah Rukh Shah (SRK) akan terbabit sama dalam projek itu kerana mereka sangat serasi,” kata sumber.

Disiarkan pada: October 31, 2017 @ 3:39am
d