rap

IFFI kenang jasa orang lama

Oleh Nor Akmar Samudin

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan pelakon yang sudah meninggal dunia, Festival Filem Antarabanga India (IFFI) yang diadakan di Panaji, Goa hari ini mengadakan segmen khas bagi mengenang jasa mereka.

Pengarah IFFI Sunit Tandon berkata, penganjur mengadakan segmen tribute kepada Om Puri, Vinod Khanna, Tom Alter, Reema Lagoo, Jayalalithaa dan pengarah filem, Abdul Majid, Kundan Shah, Dasari Narayana Rao serta jurufoto filem, Ramanand Sengupta.

“Industri filem India kehilangan ramai bakat besar. Mereka menjadi penanda aras kepada kejayaan dunia lakonan India dan ketiadaan mereka begitu dirasai,” katanya.

Selain itu, antara filem yang akan ditayangkan sempena IFFI ialah Ardh Satya, Achanak, Jaane Bhi Do Yaaro, dan Ocean of an Old Man.

Festival itu dirasmikan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan.

Disiarkan pada: November 21, 2017 @ 2:55am
d