rap

Kembalikan IG saya...

Oleh Syanty Octavia Amry

PELAKON Janna Nick, 22, berharap akaun Instagram (IG) miliknya yang digodam individu tidak bertanggungjawab semalam, dikembalikan segera.

Janna menyedari akaun yang mempunyai 3.1 juta pengikut itu digodam apabila tidak dapat mengakses dan membuka kata laluan IGnya.

“Saya sedih dan terkilan. Perkara ini turut mengganggu perasaan saya kerana single kedua, Akan Bercinta bakal dilancarkan di YouTube malam ini.

“Niat saya dapatlah berkongsi perkara itu di IG,” katanya.

Kata Janna, Single Akan Bercinta ciptaan sepenuhnya Aepul Roza boleh disaksikan jam 9 malam ini di Youtube Janna Nick.

“Saya akan mengadakan majlis pelancaran single dan muzik video Akan Bercinta dalam masa terdekat.

“Lagu ini mempunyai banyak keistimewaannya dan terkilan sangat tidak dapat dikongsi dengan pengikut di IG saya.

“Saya harap sangat dapat semula IG saya kerana banyak perkara berkaitan aktiviti seni yang dikongsi dengan mereka yang mengikuti saya.

“Malah jumlah pengikut juga banyak," katanya.

Artis lain yang turut menjadi mangsa individu tidak bertangggungjawab itu sebelum ini ialah Jihan Muse, Nabil Ahmad, dan Ayda Jebat.

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 4:57pm
d