rap

Harap ada yang sudi taja...

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI Francissca Peter mahu mengadakan konsert solo sempena ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri seni tanah air, tahun depan.

Francissca ketika ditemui Harian Metro berkata, keinginan itu sebenaarnya lama terpendam dan berharap ada pihak yang sudi menaja.

“Memang saya teringin mengadakan konsert solo sempena ulang tahun ke-40 pembabitan saya dalam industri seni.

“Tambah pula sudah lama saya tidak menghiburkan peminat dalam konsert solo.

“Harap ada pihak yang sudi menaja dan merealisasikan impian saya ini," katanya optimis mahu mengadakan konsert solo.

Kata Francissca, dia juga akan menghasilkan album sempena ulangtahun ke-40 itu dan kini sibuk mengumpulkan lagu.

“Terdapat juga lagu lama tetapi dibuat susunan semula bagi menyuntik kelainan dan mengikut trend terkini.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti bila album ini akan dilancarkan kerana saya menggunakan duit sendiri. Saya harap dapat disiapkan secepat mungkin.

“Saya juga mengharapkan ada yang sudi membiayai pembikinan album ini,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2017 @ 9:28pm
d