rap

Fattah ikut jejak Fazura

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Pelakon, Fattah Amin mengakui kini menerima tawaran lakonan daripada produksi dari Indonesia.

“Ya, saya cuba-cuba mengintai peluang dan Alhamdulillah, ada produksi yang sudah menawarkan saya untuk berlakon di sini,” katanya kepada Harian Metro.

Fattah yang ditemui di Jakarta menemani isterinya, pelakon, Nur Fazura di Malam Gala Ayat Ayat Cinta 2, turut mendapat sokongan isterinya sendiri.

“Ini satu lagi peluang kepadanya dan saya harap, mungkin tahun depan giliran dia pula untuk melebarkan sayap dalam industri seni di Indonesia,” kata Fazura.

Fattah dan Fazura kelihatan muncul bersama di tayangan perdana untuk media dan malam gala yang berlangsung penuh gilang gemilang.

Fazura adalah salah seorang pelakon yang terlibat dalam filem Ayat Ayat Cinta 2 yang akan ditayangkan di Malaysia menjelang Januari.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 9:56pm
d