rap

Terpaksa guna peguam...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PENANTIAN pengacara Irma Hasmie, 35, mendapatkan baki bayaran RM20,500 ketika menjadi duta jenama tudung berakhir pagi tadi, apabila menang dalam tuntutannya.

Irma berkata, kontrak bersama jenama itu tamat Januari lalu dan mengikut perjanjian semua bayaran perlu diselesaikan bulan itu.

“Bagaimanapun sehingga Disember, mereka gagal menunaikan janji dan saya terpaksa menggunakan khidmat peguam.

“Perbicaraan kedua yang berlangsung hari ini berpihak kepada saya apabila menang dan pihak terbabit diperintahkan membayar jumlah itu. Jika tidak, tindakan susulan akan diambil,” katanya kepada Harian Metro.

Irma yang dilantik menjadi duta jenama tudung itu sejak 2012 menjelaskan, kalau diikutkan sudah banyak tunggakan bayaran daripada bulan sebelumnya hingga jumlahnya bertambah.

“Saya ada berhubung dengan pihak terbabit mengenai perkara ini tetapi apa dijanjikan tidak dilakukan. Saya tahu dia juga ada masalah tetapi tak bolehlah lupa kewajipan yang perlu dilaksanakan.

“Pada Februari sehingga Aidilfitri lalu, dia ada membuat bayaran secara ansuran. Selepas itu tak ada lagi," katanya.

Disiarkan pada: December 11, 2017 @ 3:45pm
d