rap

Elyana terasa sangat

Oleh Sudirman Mohd Tahir

"TERIMA kasih kerana menghina saya. Terima kasih juga kepada yang mendoakan saya cepat mati," luah penyanyi, Elyana yang ditulis menerusi laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi status sama, Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat turut menyindir mana-mana pihak yang mengambil kesempatan atas dirinya selain menuduh dia cuba meraih perhatian.

"Terima kasih juga yang mengambil kesempatan. Terima kasih kerana menuduh saya inginkan perhatian. Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar.

"Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong. Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering dimalukan di khalayak ramai. Terima kasih semua," tulisnya.

Menurut Elyana, mereka yang melemparkan kata-kata sedemikian tidak berasa seperti yang dilaluinya kini.

"Tak apa lah, mungkin anda belum lagi berasa apa yang saya rasa selama ini. Saya juga sama seperti anda iaitu manusia biasa, tidak kuat, punya keinginan, cita-cita dan ingin sihat tanpa menahan sakit.

"Tetapi, ini takdir saya. Saya terima. Kita semua akan mati. Bukan pesakit kanser saja. Saya harap kita jaga amalan kita sendiri. Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan dilakukan, lebih baik diam," katanya.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 6:30pm
d