rap

Tiffany dilamar peminat

Oleh HM Digital

Demi cintanya terhadap anggota Girls’ Generation iaitu Tiffany, seorang peminat melakukan perkara di luar jangkaan sehingga orang ramai kagum.

Peminat itu melamar Tiffany secara terbuka di bandar Taipei, Taiwan. Mesej lamarannya dipancarkan di sebuah bangunan yang membuka peluang kepada orang awam untuk meletakkan ucapan mereka secara percuma.

Sejak dipancarkan pada 8 Disember lalu, ia menjadi tular dan sampai ke pengetahuan Tiffany.

‘Hwang Miyoung (Tiffany), kahwini saya’ tulis lelaki itu dalam ucapannya.

Peminat terbabit turut membuat kenyataan susulan di media sosial miliknya dan berharap Tiffany akan memberikan jawapan.

“Saya mahu buat pengakuan di bangunan paling tinggi di Taiwan. Saya harap kamu akan berpeluang melihatnya,” katanya.

Peminat itu mulanya mahu menulis ucapannya dalam bahasa Inggeris namun tidak kesampaian disebabkan jumlah ruang di papan iklan itu terhad.

Kini, semua peminat Tiffany menantikan reaksi penyanyi terbabit.

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 4:34am
d