rap

Dah tutup rasa lega

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON popular, Izara Aishah lega menutup ruangan komen di laman Instagram (IG) miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Izara, 25, berkata dia bukan takut dengan kritikan netizen sebaliknya dia enggan IG miliknya dibanjiri komen berunsur fitnah.

"Sejujurnya saya tak suka dengan komen tak betul daripada netizen. Ia boleh jatuh hukum fitnah. Jadi, sebelum perkara ini makin teruk, lebih baik saya tutup.

"Sekarang ini saya berasa lega dan tenang. Walaupun saya jenis yang tidak membaca komen tetapi saya tahu komen sebegitu memang banyak," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Disebabkan Izara menutup ruangan komen, dia masih mendapat mesej daripada peminat yang dihantar menerusi Direct Message (DM) di IG.

"Memang banyak mesej di DM, tetapi saya tak buka. Jadi, saya juga nak berpesan kepada mana-mana pihak yang mahu menghubungi saya berkaitan kerja, boleh berurusan menerusi emel yang tertera di profil IG," katanya.

Disiarkan pada: December 21, 2017 @ 12:23pm
d