rap

'Terima kasih tuan Mufti'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Iqram Dinzly menzahirkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana prihatin dengan keadaan dirinya dan menggunakan media sosial dengan cara yang betul.

Menurutnya, sikap prihatin itu seharusnya dicontohi umat Islam di Malaysia.

“Sebelum ini, saya kesal dengan sikap segelintir pihak yang hanya tahu mengkritik dan menghentam. Ada juga yang memberikan nasihat di laman sosial tetapi cara mereka tidak kena dan terlalu kasar,” katanya.

Menghormati tawaran Zulkifli, Iqram tidak menolak untuk bertemu dan berbincang mengenai situasi yang dialaminya.

“Saya menghormati tawaran beliau dan bersedia bertemu tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana ibu saya masih dalam edah.

“Saya tidak boleh berjauhan dengan ibu buat masa ini,” katanya.

Iqram juga mengucapkan terima kasih kepada saudara mara dan rakan artis yang tidak menghakimi keadaannya sekarang.

Terdahulu, Iqram meluahkan rasa kesal apabila aplikasi Live Video di Instagram miliknya disekat.

“Saya yakin ada yang menyimpan hasad dengki dan melaporkan koleksi video Live saya sebelum ini sehingga disekat pihak Instagram.

“Namun, saya tidak menuduh sesiapa dan menganggap ini sebagai cabaran dalam hidup,” katanya.

Berita berkaitan

Iqram, perbanyak ingat Allah

Saya tak mahu tuduh sesiapa

Saya tak kacau orang pun

Lagi aksi gila, lucah Iqram di alam maya

Disiarkan pada: December 27, 2017 @ 8:05pm
d