rap

Terima kasih Malaysia: The Rock

Oleh Michelle Gun

SELEPAS dua minggu tayangan, Jumanji mencatat kutipan RM48.29 juta, menjadikannya antara filem paling laris di Malaysia sekarang.

Pencapaian luar biasa filem arahan Jake Kasdan itu diumumkan pelakon Dwayne Johnson atau The Rock menerusi video di Instagram, hari ini.

“Terima kasih Malaysia. Kami masih nombor satu.

“Kami mahu terus kekal jadi filem paling laris di Malaysia,” katanya.

Ahli gusti profesional berusia 45 tahun itu meneruskan ucapannya dengan mengimbau kembali perlawanan WWE di Kuala Lumpur.

“Malaysia, anda sangat istimewa dalam hati saya. Pada awal karier, saya mengeluarkan segala kudrat di perlawanan Kuala Lumpur.

“Peluang membuat persembahan di hadapan penonton memberi semangat sukar dilupakan.

“Saya sayang anda dan harap anda terus terhibur menonton Jumanji,” katanya.

Johnson turut membuat beberapa siri video mengucapkan penghargaan kepada penonton di Indonesia, Mexico, China, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Rusia, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Perancis.

Selain Johnson, Jumanji turut dibintangi Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillian dan penyanyi Nick Jonas.

Disiarkan pada: January 2, 2018 @ 6:43pm
d