rap

Anak suruh Rita balik

Oleh Sudirman Mohd Tahir

“HARI pertama sekolah, bukan senang jadi ibu tunggal seperti saya.

“Perlu kerja lebih lagi, tambahan ini untuk belanja sekolah anak-anak,” kata pelakon, Rita Rudaini mengenai hari pertama persekolahan dua anak lelakinya, Airit Rayyan, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Rita, 42, menerusi perkongsian di Instagram berkata, perjalanan membesarkan dua anaknya masih panjang dan dia perlu berjuang ke arah itu.

“Saya seorang tanggung dan bela anak-anak. Namun alhamdulillah, rezeki anak ada. Cukup makan dan pakai, saya bersyukur.

“Saya tiada pembantu rumah atau pembantu peribadi. Memang saya jaga anak seorang.

“Saya ini jenis mak-mak sikit, nak jaga sendiri dan melihat anak depan mata. Ini paling penting dalam hidup saya,” tulis Rita.

Berkongsi gelagat anak keduanya, Arjuna yang memasuki tahun satu, Rita berkata anaknya itu pandai berdikari.

“Dia gembira ke sekolah dan berdikari, malah suruh saya balik, tidak perlu tunggu. Namun, saya ambil cuti dan luangkan masa dengan anak di sekolah.

“Ini masa paling bernilai melihat mereka membesar depan mata. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.

“Saya akan bagi yang terbaik untuk anak sebab mereka adalah syurga saya,” katanya.

Disiarkan pada: January 2, 2018 @ 8:23pm
d