rap

Daphne bikin kecoh

Oleh Najiy Jefri

PENGACARA Daphne Iking, 39, memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan fotonya memegang anjing di laman Instagramnya.

Tindakan Daphne itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen. Rata-rata mempersoalkan tindakannya memegang binatang itu tanpa sebarang keperluan.

Namun tidak kurang juga yang menyokongnya dan menyifatkan masyarakat hari ini berfikiran 'cetek'.

Kata Daphne, keadaan menjadi semakin rumit sekarang dan dia rasa hanya akan mengetahui jawapannya apabila tiba masanya.

“Saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto saya memegang seekor anjing yang comel,” katanya.

Daphne sebelum itu mempertahankan tindakannya memegang anjing yang dimuat naik di Instagramnya dengan mengatakan sebelum dikecam dia terlebih dahulu menjelaskan keadaan sebenar.

“Ya. Saya seorang muslim. Itu bukan anjing kepunyaan saya tetapi milik seorang kawan.

“Kita boleh memegang dan menyayangi anjing. Cuma perlu cuci selepas memegangnya . Macam kita cuci diri lepas bermain dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan hamster,” tulisnya.

Meskipun menjelaskan keadaannya membersihkan diri selepas memegang anjing terbabit, Daphne masih menerima kecaman daripada netizen.

Disiarkan pada: January 8, 2018 @ 5:21pm
d