rap

Fizo kongsi wajah dan nama anak

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Fizo Omar, 33, berkongsi wajah dan nama anak perempuannya di laman Instagram selepas dua minggu dilahirkan.

Isteri Fizo, Mawar Karim yang selamat bersalin 29 Disember lalu, sepakat memilih nama Wan Maryam. Apa yang menarik perhatian, hidung anak mereka yang mancung.

“Alhamdulillah, hari ini genap dua minggu anak saya dilahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan kami selama ini.

“Terima kasih kepada isteri yang berjuang dan bertarung nyawa untuk melahirkan anak saya,” katanya.

Kata Fizo, kehadiran anaknya itu menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga mereka selepas penantian selama empat tahun.

“Empat tahun kami menunggu detik ini. Saya percaya, bukan saja kami malah kedua ibu bapa mentua saya antara orang yang paling gembira.

“Apatah lagi Maryam adalah cucu pertama dalam keluarga mereka. Mereka selalu cakap, satu saja impian belum tercapai iaitu menimang cucu.

“Alhamdulillah, dengan kehadiran Maryam dapat membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang,” katanya.

Fizo juga meminta peminat mendoakan semoga anaknya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menjadi anak solehah.

Disiarkan pada: January 12, 2018 @ 9:36pm
d