rap

'Saya bagai Superman'

Oleh Susunan Michelle Gun

Sejak bergelar bapa, kehidupan anggota kumpulan One Direction, Liam Payne bukan saja bertambah ceria tetapi semakin sibuk.

Pada Mac lalu, Liam, 24, dan kekasih Cheryl menyambut kelahiran cahaya mata sulung lelaki mereka yang diberi nama Bear.

Pada acara permaidani merah pengumuman pencalonan Anugerah Brit 2018, Sabtu lalu, penyanyi itu berkata, Cheryl seorang ibu menakjubkan.

Malah, Payne turut memberitahu kehidupannya seperti adiwira Superman kerana perlu membahagi masa antara karier nyanyian dan mengalas tanggungjawab sebagai bapa.

“Sekarang saya adalah Superman. Saya sentiasa merindui anak apabila ke luar kawasan atas tuntutan kerja.

“Namun, saya tahu dia dijaga baik oleh Cheryl yang juga ibu terbaik,” katanya kepada wartawan.

Bulan lalu, penyanyi Inggeris itu ke Amerika Syarikat untuk mempromosikan lagu baru selepas memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo.

Sebaik selesai urusan di negara itu, Payne segera kembali rumah untuk menyambut Krismas bersama Cheryl dan anak mereka.

“Saya bangun jam 5 pagi untuk menyediakan hidangan ayam belanda. Pagi itu, saya berpakaian Santa Claus dan melihat anak sangat ceria.

“Walaupun anak tidak mengetahui apa-apa, saya tahu suasana itu menceriakan dia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Payne berkata, Cheryl langsung tidak tergugat persahabatannya dengan penyanyi Rita Ora.

Dua penyanyi itu bekerjasama menerusi duet lagu tema filem Fifty Shades Freed, For You.

“Cheryl dan Rita saling mengenali. Rita penyanyi hebat dan suka muziknya,” katanya.

Payne akan bersaing dengan dua anggota One Direction, Harry Styles dan Zayn Malik untuk Video Artis British Terbaik, Anugerah Brit 2018.

Penyanyi itu turut dicalonkan untuk Single British Terbaik menerusi lagu Strip That Down duet bersama Quavo.

Disiarkan pada: January 16, 2018 @ 3:21am
d