rap

Anak kembar ceriakan Enrique, Anna

Oleh Daily Mail

PENYANYI Enrique Iglesias dan Anna Kournikova berkongsi gambar anak kembar mereka untuk kali pertama kepada peminat, hari ini.

Enrique, 42 dan Anna, bekas bintang tenis glamor berusia 36 menyambut ketibaan anggota keluarga terbaru mereka dilahirkan 16 Disember lalu dengan penuh rasa ceria dan gembira.

Pasangan itu mendedahkan wajah anak kembar mereka di Instagram yang mempunyai seramai 12 juta pengikut dengan menulis dua perkataan pada gambar dikirim:'My sunshine'.

Mereka menunjukkan luahan kasih sayang terhadap anak dengan Enrique berbaring di sebelah salah seorang manakala Anna memangku sambil mendodoikan dan mencium pipi cahayamata seorang lagi.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan mana satu anak lelaki diberi nama Nicholas dan Lucy, anak perempuan.

Pasangan yang tidak banyak mendedahkan hubungan mereka sejak sekian lama mengejutkan peminat mereka dengan berita ketibaan bayi kembar terbabit bulan lalu.

Malah, tiada siapa tahu mengenai kehamilan Anna sebelum ini.

Enrique dan Anna sudah bersama selama 16 tahun sejak bertemu pada set penggambaran muzik video lagu Escape yang menjadi hit.

Ibu Enrique, Isabel Preysler mmeberitahu majalah Hola!: 'Enrique benar benar melalui saat kegembiraan luar biasa menikmati detik itu.'

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 5:54pm
d