rap

Iqram terasa hati dengan Fathia

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Iqram Dinzly, 37, terasa hati dengan komen ditulis pelakon Fathia Latiff mengenai ‘bunuh diri’

di IG Live miliknya.

Fathia meninggalkan empat komen berbunyi 'pergi bunuh diri', 'bunuh diri Iqram', 'tak ada scene bunuh diri ke?' dan 'alang-alang' ketika Iqram mengadakan sesi 'live' hingga mengundang perhatian netizen dan tular di media sosial.

Iqram ketika dihubungi menyifatkan tindakan Fathia itu sekadar ingin meraih perhatian dan menumpang popularinya.

“Kalau dia nak jadi 'gila' seperti saya, datang berjumpa. Bukan main tulis macam itu. Memang saya tak baca komen berkenaan, tetapi ada rakan yang beritahu.

“Sejujurnya, saya kesal dan terasa hati. Apa yang ditulis sangat keterlaluan. Tidakkah dia sedar perkara berkenaan boleh mempengaruhi pemikiran netizen? Kita tak tahu apa persepsi peminat yang menonton ketika itu.

“Malah komen itu juga boleh membuatkan seorang anak seni seperti saya berada dalam tekanan,” katanya kepada Harian Metro.

Iqram yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan melukis kalimah Allah di dahi serta gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW berkata, dia tidak tahu apa permainan yang cuba dibuat Fathia sekarang.

“Saya tak tahu apa 'game' dia, jadi saya biarkan dahulu. Saya sambut dan alu-alukan 'game' berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: January 18, 2018 @ 3:37pm
d