rap

Roslan Shah mohon maaf

Oleh Najiy Jefri

PENGHIBUR kelahiran Singapura, Roslan Shah memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Ifa Raziah berikutan persengketaan yang berlaku antara mereka.

Roslan ketika ditemui berkata, dia mengakui sudah memaafkan penyanyi itu di laman sosial Instagram miliknya sebelum ini dan tidak mahu memanjangkan atas nasihat daripada ibunya yang sedang sakit di Singapura.

“Saya sudah lama memaafkan Ifa tetapi tak sangka dia masih mahu memanjangkan isu ini apabila terus menerus melemparkan kata-kata kurang sopan.

“Saya akui tindakan kami saling mengaibkan antara satu sama lain dan ia satu perbuatan yang tidak betul. Saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam masa sama, Roslan turut menafikan dia membuat laporan polis pada 16 Januari lalu disebabkan dakwaan Ifa telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk menembaknya.

“Laporan polis dibuat untuk menjaga keselamatan diri. Dalam laporan tidak menyatakan mengenai tindakan individu terbabit untuk membunuh atau menembak saya. Ia tidak betul sama sekali.

“Pihak polis menasihatkan agar kes ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta tidak mengganggu kerja mereka. Itu saja yang boleh say katakan,” €katanya.

Roslan menjelaskan dia bertegas untuk membuat laporan polis demi memastikan keselamatannya terjamin.

Ifa pada 16 Januari lalu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, selepas menerima panggilan daripada pihak berkuasa yang memintanya untuk datang selepas Roslan Shah membuat laporan polis di Johor dan menuduhnya mengupah seorang pembunuh.

Berita berkaitan:

Roslan nafi dakwaan Ifa

Tak pernah terlintas mengupah...

Disiarkan pada: January 19, 2018 @ 11:19pm
d