rap

'Cakaplah apa pun...'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Fadzil Zahari tidak boleh menghalang masyakat untuk terus bercakap mengenai isu yang menghambat abangnya, Datuk Farid Kamil.

Fadzil berkata, apa yang penting sekarang adalah sokongan daripada keluarga terhadap Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif.

"Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fadzil, isteri Farid, pelakon, Diana Danielle ada bercakap mengenai isu melanda suaminya, namun tidak boleh berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.

Terdahulu, akhbar ini pada Khamis lalu melaporkan, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.

Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.

Berita berkaitan:

Farid belum balik lagi

Diana I Love You...

Farid Kamil hanya geleng kepala! [METROTV]

Farid Kamil direman 4 hari [METROTV]

Disiarkan pada: January 21, 2018 @ 11:54am
d