rap

Nafi beli bunga sendiri

Oleh Najiy Jefri

BEKAS isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengakui kerap menerima jambangan bunga ros daripada individu misteri sejak bercerai pada 25 Oktober tahun lalu.

Joy yang juga pengasas produk kosmetik berkata, dalam sebulan hampir dua kali menerima jambangan bunga berlainan dekorasi daripada individu yang menggelarkan dirinya Mr J.

"Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya siapa gerangan individu ini.

"Sebelum ini saya pernah memuat naik status di laman sosial dengan mengajak individu terbabit keluar bersama namun tiada jawapan," katanya.

Menurut Joy, dia kesal apabila ada pihak mendakwa dia sengaja menarik perhatian dengan membeli kesemua bunga yang diterimanya.

"Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya sudah terima tetapi sejak nama terpalit kontroversi dan hidup solo, saya kembali menerima jambangan bunga ros.

"Ada orang kata saya yang membeli bunga ini tapi kalau fikir secara logik buat apa saya nak membazir. Tambahan pula saya lebih selesa hidup solo," katanya.

Disiarkan pada: January 23, 2018 @ 7:24pm
d